Friday, 29 January 2010

Novel Bersiri : Pengembaraan Buri2 ke KK Part 2

Edisi Kedua (dapatkan yang terbaru edaran NSR)


Nik melangkah jauh ke kereta kebalnya. Ya, kereta yang penuh dengan besi besi berani itu telah ternyata segak di malam yang hitam. Slogan kata 90'an masih lagi terngiang di kepala Nik sejak membeli kereta itu.

"Hitam itu emas, hitam itu Perrilys" (Sila baca dengan suara Besar) telah membuktikan betapa segaknya kereta berkaler hitam itu. Cuma yang kurang segaknya, ialah kekurangan meriam untuk menembak mati perompak dan sekutunya yang merampas kebahagiaan antara dia dan keretanya.

Bukan itu sahaja yang terngiang di mindanya.

Persoalan pengembaraan ke KK masih lagi serabut di kepalanya."Huk alo serabuk palo otok", kata kata abahnya apabila melihat adik lelakinya Hanif berpakaian selekeh dan hardcore metal.
Mungkin kata kata Kelantan itu sesuai dengan keadaannya sekarang.

Dalam perjalanan balik ke rumah, dia teringat sesi minum selepas badminton tempoh hari.

FLASHBACK (Scene hitam putih, berlatarkan Sofia seafood)

"KAH KAH KAH KAH KAH" gelak kawan kawan terhadap Nik.

"aku tak tau kenapa tapi kita mesti bahan dia! hahaha" jawab Sadik

Nik duduk melayan ais kosong. Letih bersukan masih lagi terasa. Tiba2 Hazley mengelap meja. "Ya mas mau makan apa?"

Kawan2 tiba tiba tersentap. Senyap seketika. Mungkinkah dia ni
sawan ataupun adakah ini manusia counterfeit dari kepulauan Indonesia?
Terasa macam kenal la pulak lembaga kurus kurus, misai halus dan
menggalas pengelap meja di bahunya itu?

"Duuuuum de dup, de du de du" seolah2 ada Bassline di belakang.

"Adiiii, jgn main tong sampah tu!" jerit seorang bapa yang duduk berdekatan.
"Bagaimana untuk menjadi anak yang baikk?" jawab budak kecil itu.

Hazley terjaga dari sawannya seketika. "EH! APA AKU BUAT TADI?"
Kawan2 nya masih terpaku disitu.

Seolah2 macam drama bersiri TV, kawan2nya berfikir.
"entah la kau ni mmg mcm ni" sampuk Alep sambil memakan nachos dan
membuat muka seperti Nacho Libre.

PANIK TIBA TIBA.

SEORANG BANDUAN TELAH LARI DARI PENJARA
DAN TELAH MUNCUL DI KALANGAN MEREKA

"HOI! AKU BUKAN BANDUAN LA!" jawab Lan.
Ya, Lan memang suka memakai baju banduan trademark itu.
Belang hitam, belang putih. Belang Putih, belang hitam.
Pening kepala.

"ok ok focus" jawab Kes (bukan nama sebenar)

"Kita kena diskus pasal nak pegi KK ni. Aku da cari hostel sume.
Ke kite nak dok apartment?"

"Aku lebih prefer rumah atau apartment. Lagi privacy. Lagipun kita
ramai, so lagi saving kalau duduk rumah atau apartment" jawab Sadik.

Kes tersenyap seketika. Mungkin dia merajuk dalam hati ataupun
kadar pemprosesan information itu telah lag dan menunjukkan Fatal Error.

"kalau duduk hostel berapa semalam?" tanya Nik.

"between Rm 20 to Rm 30" jawab Kes.

"advantage nye, bole duduk tengah2 town. So travel pun bole jalan kaki.
Kemudahan ada, dekat je. Travel pun adventure sikit"

"boleh kita cari ehehehe" sampuk Syed.

Ya, memori silam tu masih lagi tidak dilupakan Syed.
Mukanya menunjukkan puas.

Kes mengelamun. Belon yang dihargainya pecah ketika trip ke Bungok itu.
"Siapa lah yang buat? Kalau aku dapat dia, aku kerjakan dia habis habisan hehehehe"
fikir Kes sendiri.

Ya, mungkin experience seperti itu dapat dia cari lagi di KK kelak.

Nik fokus dari mengelamun. Flashbacknya hilang.

"balik ni mmg kena buat research ni"

Bersambung..

No comments: